Sabtu, 25 Julai 2009

Blog Resepi dan Kraftangan

Saya dalam proses memindahkan resepi - resepi dan kraftangan dari laman web saya di http://www.geocities.com/yusnida kerana geocities akan menutup laman web percuma ini tidak lama lagi.

Sayang sekali laman web yang sudah lama saya bangunkan ini akan hilang tidak lama lagi. Saya berusaha kuat membina laman web itu , menaip resepi, kraftangan, scan gambar2 bila ada masa terluang seperti sia - sia aje.

Laman resepi saya itu pernah disiarkan di Majalah Rasa pada tahun 2003 Edisi Jun kerana wartawan majalah tersebut merasakan ia amat menarik. Pada masa itu saya merasa amat gembira kerana merasakan usaha sangat berbaloi..






Apakan daya ianya akan hilang tidak lama lagi, hendak memindahkannya ke laman berbayar macam tak mampu pula.

Jadi saya sedang berusaha untuk memindahkan semua resepi2, kraf2 dan gambar2 kesayangan saya ke sini sebelum ia ghaib dari alam siber ini.

Salam buat semua dan kalau ada masa terluang tu jengok2lah kedua - dua blog saya itu ya.

Jumaat, 17 Julai 2009

Ini Bahagia Yang Kucari

Ibu adalah orang paling penting dalam hidup saya dan ibu juga adalah segala-galanya bagi saya. Bagi menunjukkan kasih sayang saya kepada ibu saya lakukan segala - gala untuknya. Ibu adalah penghidap hypertension dan diabetes. Kena selalu pergi ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan ubat - ubatan.

Tanda kasih sayang saya, setiap kali check up saya akan pulang ke kampung menghantar ibu ke Hospital Masjid Tanah, dan menemani beliau melakukan segala - galanya. Itu tanda cinta saya pada ibu , insan yang bersusah payah mengandungkan saya selama 9 bulan dan melahirkan saya ke dunia ini.Bukan ibu tak boleh pergi sendiri, boleh juga dengan menaiki kereta prebet sapu (kereta sewa ) tetapi ibu saya sudah uzur sudah tak kuat lagi. Kerana itu saya ambil tanggungjawab ini setiap bulan menghantar dan menemani ibu saya ke hospital. Saya bimbang ibu terjatuh nanti di mana - mana dan saya tak mahu ibu saya bersusah payah berpanas menunggu kereta sapu.

Paling penting keizinan suami telah saya perolehi barulah berkat segala urusan saya di kampung nanti.Ini penting bagi saya, redha suami amat penting dalam segala urusan kehidupan saya..kerana dia juga adalah syurga saya.Dengan broadband Celcom dan laptop hadiah darinya dapatlah saya update blog saya di kampung walaupun tersangkut - sangkut.

Semalam tarikh chek up ibu saya bagi bulan Julai ini, saya pulang bersendirian seawal pagi untuk segera sampai ke kampung. Perjalanan dari Bandar Sunway ke Masjid Tanah mengambil masa kira2 2 jam.Kemudian kami bergegas pula ke hospital yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari rumah saya.Maklumlah hospital kerajaan yang terkenal dengan servicenya yang lambat, segala proses hinggalah mengambil ubat hanya berakhir kira-kira jam 4 petang.

Balik dengan keadaan penat saya tidak mengeluh. Saya harus lalui ini dengan redha hati kerana ini adalah bakti saya kepada ibu kesayangan selagi hayatnya masih ada. Saya masih bercuti lagi hari ini dan bercadang untuk pulang ke KL hanya pada hari Ahad nanti. Saya ingin disisi ayah dan ibu saya yang tercinta selama yang boleh, menikmati keenakan masakannya dan kasih sayangnya. Inilah kebahagiaan hidup saya.

Hari ini juga jiran saya yang juga merupakan sepupu saya membuat kenduri arwah untuk suaminya yang telah pulang ke rahmatullah kira - kira 3 bulan yang lalu. Alang-alang saya sudah di sini saya akan membantu sedikit kerja2 dapur. Itu adat biasa orang Melayu dikampung - kampung. Sambil itu boleh juga bertemu mesra dengan saudara mara dan jiran2 sekampung yang dah lama tak berjumpa.

Sabtu, 11 Julai 2009

Resepi Rendang Tok

Semalam saya dan adik ke SK Bandar Sunway untuk menyain buku rekod anak2 kesayangan kami. Alhamdulillah Eliza Yasmine & Elmie Daniel mereka agak cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun ini.Komen guru juga agak memberansangkan.Mereka rajin di sekolah, memberi tumpuan dalam kelas dan tidak nakal. Alhamdulillah.

Kecuali si adik bongsu Eleeza Natasya agak lemah sedikit. Selalunya tumpuan kami berikan lebih kepadanya. Membaca masih merangkak - rangkak lagi.Pesanan guru kelasnya..berikan lebih tumpuan kepadanya kerana dia agak lemah. Akan kami usahakan sesuatu agar dia tidak terus ketinggalan.

Eliza Yasmine agak cemerlang , mendapat tempat pertama dalam kelas dengan 3A 2B bagi subject teras.

Elmie Daniel juga agak cemerlang, mendapat tempat ketiga dalam kelas dengan 4A 1B bagi subject teras.

Eleeza Natasya ..si adik ini agak perlahan sedikit. Jauh ke belakang ditinggalkan oleh si kakak dan abangnya. Hampir dapat tempat terbelakang dengan 1A 2b 1C 1D bagi subject teras.

Malam tadi kami ke KFC Kelana Jaya bagi meraikan kecemerlangan si kakak dan abang. Adik juga tidak ketinggalan turut serta. Moga- moga meraka akan lebih cemerlang lagi untuk final exam nanti.

Oleh kerana hari ni tak kerja saya plan nak masak special sket. Dan rendang tok antara menu pilihan saya hari ni.

Mari saya berikan resepinya :-




Rendang Tok

1kg daging batang pinang yang segar
1/2 kg bawang besar - di ricih halus
1 inchi lengkuas - di tumbuk pecah - pecah
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 kg cili kering *
5 ulas bawang putih *
10 biji bawang besar*
1 inchi halia * Kisar halus semua*
Gula melaka - 2 ketul
Garam secukupnya
Kerisik secukupnya
Jika dapat masukkan juga sekeping isi kelapa bakar .
Santan dari 2 biji kelapa

Cara menyediakan :-

Daging di potong kiub dan dibersihkan.
Untuk dapatkan serbuk ketumbar,jintan manis & putih - Goreng tanpa minyak dan kisar halus.
Masukkan semua bahan bahan kecuali gula melaka dan garam ke dalam periuk dan perapkan selama 1 jam.
Kemudian jerangkan di atas api yang sederhana.
Bila ianya sudah kering sedikit, masukkan gula melaka & kerisik.
Akhir sekali barulah masukkan garam.
Masak hingga kering dan rendang akan berwarna kehitaman.
Jika suka boleh juga masukkan daun kunyit.

Nota : Kena kacau selalu supaya tidak hangus. Masak hingga kering.

Untuk lebih banyak resepi boleh juga ke laman web saya di www.geocities.com/yusnida




Khamis, 31 Mei 2007

Rindu

Rasa rindu sangat pada dua2 anak angkatku yang tersayang. Minggu lepas hantar diorang balik kampung sempena cuti sekolah ni.

Sunyi sangat rasanya bila budak2 ni takde kat rumah. Kalau tu rumah kami hingar bingar dengan telatah - telatah nakal mereka berdua. Tak sabar rasanya menunggu mereka balik minggu depan.

Elmie Daniel sangat periang tetapi sayangnya dia menghidapi asma sejak dari lahir lagi.

Inilah Elmie Daniel 6 tahun , anak angkatku yang pertama :











dan adiknya Eleeza Natasya 5 tahun :




Kedua - duanya kami sekolahkan di Tadika Sri Melodi, Bandar Sunway. Sebuah tadika Cina sebagai persediaan unutk memasuki SRJKC . Mudah - mudahan kelebihan berbahasa Cina akan memberikan kelebihan kepada mereka pada masa hadapan.


Abangnya Daniel sangat cemerlang pada tahun lepas semasa berusia 5 tahun. Pada mid term exam dia dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 3 pada hujung tahun. Alhamdulillah mudah - mudahan kecemerlanganya akan berterusan.Amin.

Ini gambarnya semasa ambil hadiah pada hujung tahun lepas :

Rabu, 30 Mei 2007

Dendeng Daging

Aku suka memasak cuma kadang2 tak sempat nak masak sebab selalu balik rumah lewat .Kerja banyak di ofis.

Last weekend aku masak dendeng daging , masakan kegemaran suami aku.

Meh sini aku kasi resepi, cubalah sedap tau.

Dendeng Daging







daging 1/2 kilo - rebus sampai empuk

lepas tu potong nipis dan lebar ,

lps tu tmbuk sikit dlm lesung batu,

gaul dgn kicap masin + manis smpai hitam daging tu. lepas tu goreng sekejap.

bahan sambal ;-

cili kering / cili merah secukupnya - dlm 15 tngkai.

bwng besar - sebiji

bwn putih - 1 biji.

- blend semua bhn di atas.

jintan manis ,ketumbar - goreng tnpa minyak lps tu tumbuk hncur.

asam jawa secukupnya

garam dan gula secukupnya.

caranya:-

tumis cili blend td dgn srbuk jintan + ketumbar td sampai naik bau dan garing.

masukkan perahan asam jawa , biar mendidih masukkan garam gula. sesuaikan rasanya mngikut selera anda.

bila dan kering masukkan daging tadi. gaulkan smpai mesra .siap utk dimakan . cubalah.

Anniversary yg ke 12!!!

Pada 27.05.2007 yg lepas genaplah usia perkahwinan kami yg ke 12. Tak sangka dah lama rupanya kami kahwin, cuma belum ada rezki untk menimang cahayamata.



Terima kasih kepada suamiku yg tersayang kerana menerima aku seadanya. Walaupun tanpa hadiah namun aku tahu dia syangkan aku mcm dulu dulu juga. Walaupun saiz badan aku dah jd triple size sekarang.



Semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke akhir hayat.



Ni lah suami aku yg tersayang











Tapi gmbar nih masa umur dia 20an sekarang nak masuk 40an. hihih.. perut pun dah ke depannn

Rabu, 11 April 2007

MRSM Batu Pahat

Cak ! mengantuk sangat pulak rasanya petang - petang ni tambahan pula hujan kat luar tu. Kalau dapat bantal sedap tidur ni .

Nak citer pasal hantar anak buah ke Batu Pahat. Aku drive kete kancil buruk aku dgn kakak aku. Abang ipar tak dapat hantar sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.

Penat betul rasanya sebab aku drive sensorang aje sebab akak aku tak ada lesen memandu. Perjalanan ambil masa 3-4 jam dari Masjid Tanah. ikut jalan lama lagi.fuuh memang betul2 mencabar karisma aku sebagai pemandu formula one.Jalan teruk, melompat - lompat kami dibuatnya. sabar ajelah.

Bertolak dari kampung pukul 7:30 pagi, sampai MRSM Batu Pahat lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Penat betul rasanya. Teman kakak aku uruskan pendaftaran, punggah barang2 masuk bilik asrama anak buah.

Lebih kurang pukul 2:30 semuanya settle. Berehat kejap plus makan - makan , dalam pukul 3:30 bertolak balik ke Masjid Tanah semula. Sampai kampung dah dekat nak Maghrib. Letih, penat Tuhan aje yang tau. Kaki aku dan nak bengkak rasanya dek kerana terlalu lama menekan pedal minyak dan clutch.

Tak apalah, inilah pengorbanan aku untuk anak2 buah aku, harap - harap bila dorang dah dapat kerja bagus sok janganlah lupakan aku.

Cukup setakat ini sebagai orang baru dalam dunia Blog. Esok - esok kita kongsi cerita lagi. BYe

Template by:

Free Blog Templates