Rabu, 27 Oktober 2010

Aku cinta padanya

Salam semua..

Hatiku sdng bergundah gulana memikirkan ayahandaku yg tidak sihat dikampng sana..aku kasih padanya..aku cinta padanya..duduk sana trnampak dia..duduk sini trnampak dia..dimana - mana jua ada dia..

Dialah kecintaanku yg pertama..aku cinta padanya..dialah satu-satunya..

Oh Allah..dengarlah rintihan hatiku ini..aku bermohon pdmu..sembuhkan penyakit ayahku...ringankan bebanan sakitnya..aku tidak snggup melihatnya menderita begini..

Jika boleh ditukar aku ingin menjadi penggantinya..aku ingin menanggung kesakitan itu supaya ayahku kembali sihat..kembali cergas..kembali ceria..seperti dulu2..kerana aku cinta padanya...

Semua yg ada padaku tidak bermakna jika ayahku tidak dpt menikmatinya lagi...segala apa yg kucari hanyalah utknya.. hanyalah utknya..kerana dialah yg kucintai..dialah yg amat aku sayang..

Ayah..semoga ayah cepat sembuh ..agar kita dpt bersama semula..kemana- mana sahaja..amiinn ya Allah..

Jumaat, 15 Oktober 2010

Happy besday to .....

Yasmin , Daniel dan Tasya merengek - rengek minta nak buat birthday party ..yelah budak -budak kan ..so kita layan ajelah..

Selain dari kawan2 budak2 nih ada gak jmput jiran2 dekat rumah..mudah - mudahan rezeki kami makin bertambah...amin.

Selepas pukul 3 ptg ramai dah kawan2 dorang yg datang.. tapi g ramainya kumbang2lah..agaknya sebab ada 2 kntum bunga kat rmah ni..sbb tu ramai kumbang aje yg datang...

Selain kek dan kuih muih .. antara menu kami lemang, nasi impit, rendang ayam, dendeng daging, nasi minyak, sambal sotong dan acar rempah..



Eliza Yasmine turned 10 years old..happy besday kakak


Elmie Daniel turned 9 years old ..happy besday niel



Eleeza Natasya turned 8 years old...happy besday adik
























Lain kali kalau ada rezeki kami buat besar - besaran ..kami jemput kamu2 semua datang ke rumah mau tak .. siapa yg mau angkat tangan tinggi ya..

Khamis, 14 Oktober 2010

Osman B. Abd Rahman

Kenalkah anda dengan nama itu..tentu tidakkan .. kerana dia tidak popular bahkan bukan orang ternama juga..tetapi dihatiku dia yg tertinggi..yg paling popular ..yg paling aku kasihi.

Cintaku padanya melebihi segala2nya di dunia ini..aku merasakan duniaku tidak berseri jika tidak memandang wajahnya..jika sehari tidak mendengar suaranya aku jadi penasaran..

Jika sebelum ini kemana saja aku pergi mesti ada ayah, dimana ada aku mesti ada ayah.. sekrang ayah ku sudah tidak kuat lagi untuk berjalan jauh..perlu dipapah... selepas terjatuh dibilik air beberapa bulan yg lepas , dia sudah tidak kuat berjalan lagi..mngkin ada keretakan pada tulang punggungnya..kerana dia mengadu sakit pd bahagian tersebut..

Biasanya seawal pagi , ayah akan mula membuat kerja2 di kebunnya..menebas, menanam pokok , menyapu dan tidak kekok juga membantu ibu memasak.. sehingga kelewat petang ayah masih aktif di kebun..ayah mmg tidak betah duduk diam aje ..mungkin itu rahsia ayah kekal sihat tanpa penyakit pada usianya menjangkau 86 tahun.

Tapi itu semua sudah terpaksa dilupakannya..dan dia selalu mengeluh akan keadaanya yg spr itu...aduh hati mana yg tidak sedih..tapi aku tak mampu berbuat apa2 lagi selain mengadu kepadaNYA..

Aku jadi hilang punca bila jd begini..aku hanya mampu berdoa ayah akan segera sembuh sepenuhnya.. agar bisa aku membawanya kemana2 jua aku pergi..

Ya Allah ..panjangkan usia ayahku..sembuhkan penyakitnya..berikan aku peluang utk terus berbakti kepadanya..

Khamis, 5 Ogos 2010

Saya Sayang Ayah

Lama gak aku tak update blog nih.. dah naik sawang dah..yelah lately ni agak sibuk dgn urusan2 dunia yg tak pernah habis2..

Last week aku sibuk lagi..ke sana ke sini kerana ayah kesanyanganku jatuh kat bilik air.. berdarah hidungnya yg mncung tu dan bgkak kepalanya.. orang tuakan susah nak ajak ke klinik ke hospital ke.. mmg payah bangat..dah puas abang & kakak iparku yg tinggal bersamanya memujuk ttp dia berdegil..trpksalah aku sbgai anak kesayangan nih memainkan peranan ..wah wah perasannya aku nih..maka aku pun terbang ke kmpung dgn cepatnya utk memujuk ayah..aha berkat aku jd anak kesayangan..ayahku setuju ke hospital..hooreyyy

Lepas ke klinik ayah masih tak sembuh..kakinya bngkak..tak dpt berjalan, tak mau makan dan murung.Aku risau sgt2 .sapa tak risau beb.. ayah kesayanganku dunia akhirat..setiap saat aku tak berganjak darinya..mendoakan semoga dia cepat smbuh..

Ku pujuk2 dia akhirnya dia mau juga ke hosptal..alhamdulillah.. selepas diberi suntikan dan rawtan susulan.. ayahku kini beransur pulih..semakin kuat ..semakin pulih... alhamdulillah..terima kasih Allah swt kerana mendengar doaku ..sesungguhnya Engkaulah yg maha pengasih lagi maha penyayang.

Khamis, 4 Februari 2010

Kau pergi tanpa pesan










Demmy anak Ali atau nama Islamnya Elias Demmy B. Ali ....berbangsa Bidayuh, Sarawak ..beragama Kristian asalnya tetapi telah memeluk Islam kira2 10tahun yg lalu dan kemudian berkahwin dengan adik bongsuku.Dan dikurniakan 2 cahayamata iaitu Elmie Daniel dan Eleeza Natasya.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 23.01.2010 pada kira2 pukul 4.00pagi. Pemergiannya tanpa sebab ..tanpa penyakit ..tanpa pesan kerana arwah masih sihat saat sebelum dijemput Ilahi.Baru berusia 30 tahun ... pemergiannya amat mengejutkan kami sekeluarga.

Begitulah janji Allah kepada hambanya .. apabila ajal telah tiba tidak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau seminit pun .Tidak kira tua ataupun muda.

Hubungan kami amat akrab kerana kami tinggal sebumbung. Oleh kerana beliau seorang saudara baru dan kami pula sunyi tanpa anak2 ..jadi kami mahukan beliau tinggal bersama2 kami dan sama2 membesarkan anak2nya .

Segala onak duri kehidupan.. kesusahan.. kepayahan hidup kami lalui bersama - sama. Kami saling bantu membantu ... alhamdulillah arwah seorang yg sangat penyabar... tidak pernah berkeluh kesah.

Dengan anak2 arwah sangat penyanyang .. tidak pernah menengking ..tidak pernah meninggikan suaranya ..selalu berlembut hati .. kerana itulah anak2nya sangat akrab dgn beliau.

Ya Allah aku terlalu tersayang padanya ... aku terlalu rindu padanya . Kasih sayang seorang kakak telah kucurahkan padanya .. cuma masa itu terlalu singkat unutkku. Ya aku harus redha kerana ini adalah kehendakmu Ya Allah.

Kakak sayang padamu dik ... tenanglah engkau disana ...mudah - mudahan rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman ... Amin Ya Allah.

Beliau pergi dgn tenang.. dengan sedikit senyuman dibibirnya .. seperti sedang tidur dgn lenanya ..segala urusannya didunia telah diselesaikan.

Memang pelik .. beliau mengambil cuti 2 hari pada Jumaat dan Sabtu iaitu 22.01.10 dan 23.01.10. Beliau memberitahu anak2nya beliau letih dan ingin berehat. Pada hari Jumaat itu beliau pergi mencari adik beradiknya yg lain2 untuk memohon kemaafan atas kesilapannya.Menelefon kedua ibu bapanya di Sarawak dan mengucapkan kemaafan dan salam kerinduan.

Setelah selesai beliau balik ke rumah dan bersiap2 utk sembahyang Jumaat. Beliau kelihatan seperti biasa cuma nampak sedikit murung dan runsing.Membelikan makanan untuk anak2nya buat kali yg terakhir.Selebihnya arwah tidur spt kepenatan. Petangnya sempat menjemput isterinya iaitu adikku pulang dari kerja. Sempat menjamah makanan kegemarannya Mee Kolok bersama2 isterinya.

Balik ke rumah masih sempat bersembang - sembang dgn kami sekeluarga hingga lebih kurang jam 1.00 pagi. Kemudian arwah masuk tidur dgn anak2nya. Hinggalah jam 3.30 pagi kami dikejutkan dgn tangisan adikku ... arwah sudah nazak .. alhamdulillah beliau sempat mengucap 2 kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir dipangkuan isterinya.

Tidak akan kami sia - siakan anak2 mu dik .. akan kami didik dengan sebaik2nya agar mereka akan menjadi anak2mu yg soleh dan solehah yg akan dapat menjadi hartamu yg berkekalan..yg akan mendoakanmu sepanjang masa .. insyallah dik ..

Pohon jasa baik anda semua sedekahkan Al Fatihah buat arwahyarham adikku Elias Demmy Bt Hawa ..seorang saudara baru kita sesama Islam telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini...

Template by:

Free Blog Templates