Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua,


Sebelum masuk waktu maghrib ni bacalah doa akhir tahun .. mudah2an mndapat keberkatan..

Do'a Akhir Tahun Hijriah


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Ashar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku suatu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".






Esok kita baca doa awal tahun pulak iaitu lpas waktu magrib ..

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali sesudah maghrib pada malam satu Muharram.

Barangsiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".





Dan jgn lupa amalan2 sunat yg lain utk bulan Muharram yg berkat ni ...

1.Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Ingat mengingati tanggungjawab sesama umat Islamkan ... insyaallah sama2 lah kita berkongsi pengetahuan utk kebaikan semua ...

Salam Maal Hijrah 1431 ...

Template by:

Free Blog Templates