Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah.. hari pertama berpuasa telah pun kita lalui. Everybody yg kat rumah ni semuanya excited nak berpuasa termasuklah ahli baru keluarga kami Eliza Yasmine. Kejutkan sahur pun takde masalah ..cuma Daniel & Tasha susah sket nak bangun.. macam2 gaya ada..menangis2 ...heheh macam2 ragam budak2 nih ni nak bangun sahur.. samalah macam kita dulu2 ye tak.

Menariknya puasa kali ni sama tarikhnya dengan birthday Eliza Yasmine yg kami panggil Min aje. Sebab puasa kami beli kek dan sambut sempoi aje ..itupun selepas balik dari Tarawih.

Tiramisu Cake yg sangat sedap


Birthday girl with her cake yg dah tinggal separuh aje..


Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran..

Isnin, 3 Ogos 2009

Inspirasiku

Saya masih kepenatan kerana baru sampai dari Melaka. Ayah saya sedang sakit. Bukan kerana sakit tua tetapi dia sakit kerana terjatuh dari katil. Memang kebelakangan ini ayah selalu terjatuh.Maklumlah sudah uzur.

Dia mengadu sakit ketika menarik nafas. Tidak boleh bangun lansung. Saya merasa amat risau dengan keadaan ini. Sebelah bahagian badannya sakit tidak boleh disentuh. Diajak ke hospital dia tak mahu. Susah hati saya.

Malam semalam saya gosokkan minyak panas dan urut2 sedikit2. Saya takut tulangnya retak atau patah...jika di urut mungkin semakin teruk. Saya carikan air gamat dan sedikit vitamin sebagai ikhtiar. Alhamdullillah ..hari ini sakitnya semakin berkurangan. Sudah ada selera makan dan boleh berjalan. Mudah - mudahan ayah saya akan cepat sihat.

Ayah saya seorang yang baik... saya sangat sayangkan dia.Dia ayah yang terbaik yang saya ada. Biarpun dia tidak berpangkat besar, tidak punya harta, tidak berikan kemewahan tetapi pengorbanannya membesarkan kami tidak ternilai harganya.Tidak mampu kami bayar walaupun selautan wang ringgit kami taburkan.

Ayah saya seorang nelayan di Sg Rembau. Menjadi seorang nelayan tidak menjanjikan pendapatan lumayan apatah lagi kemewahan. Tetapi itu adalah sumber rezeki ayah saya untuk membesarkan kami. Waktu bekerja tidak menentu..mengikut pasang surut air..panas terik matahari yang membakar, agas dan nyamuk ..sudah menjadi lali buat ayah. Kadang2 saya menangis bila melihat ayah tetap bertegas hendak ke sungai walaupun hari mendung hendak hujan. Kata ayah jika tidak ke sungai hari ini...apa yang kita hendak makan esok hari.Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi..

Saya meraung sekiranya hujan lebat turun dan ayah masih di sungai. Saya risau jika perahu ayah karam dan nasib buruk akan menimpanya.Namun saya kagum dengan semangat gigih ayah, tidak pernah mengeluh kepenatan, tidak pernah ada hari cuti untuknya.Masa bekerja yang panjang kerana mengikut pasang surut air.

Pendapatan sehari 5-10 ringgit amatlah tidak mencukupi untuk menampung kami sekeluarga. Tetapi kami tidak kisah.. kami makan apa yang dihidangkan ibu..sedap atau tidak bukanlah persoalannya. Tetapi makan untuk meneruskan kehidupan.

Saya kagum dengan ketabahan ayah, tidak pernah keluh kesah dan tidal kenal penat lelah.Selepas pulang dari sungai, ayah akan ajak kami adik beradik mencari kayu api.Kayu api yang siap diikat akan dipikul oleh kami untuk dibawa kerumah.Esoknya kami akan menggergaji, mengapak dan menyusun kayu2 tersebut dibawah rumah.

Pada hari cuti kami akan bergilir - gilir menemani ayah kesungai. Mendayung sampan, berhujan, berpanas sudah menjadi rutin kami sejak berusia 10 tahun. Saya tidak malu mengikut ayah ke sungai.Olehkerana tiada kenderaan kami cuma berjalan kaki selama 20 minit unutk ke pengkalan(tempat menyimpan perahu).Inilah yang dilalui oleh ayah saya setiap hari tidak kira siang atau malam.

Ayah ringan tulang..tidak pandai duduk diam. Jika tidak ke sungai dia akan berkebun, mengemas persekitaran rumah dan menolong mak di dapur, mengukur kelapa, menyiang ikan dan memasak juga ayah boleh. Mungkin kerana itu ayah masih sihat sehingga ke hari ini.. tiada diabetes, darah tinggi, pening atau demam jarang sekali.Tidak pernah masuk ke hospital. Alhamdulillah.

Tetapi kini itu semua sudah tidak perlu lagi ayah lakukan kerana kami adik beradik mahu dia bersara dan kami berikan dia pencen setiap bulan.Ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan ayah selama ini.

Ayah ..terima kasih atas pengorbanan ayah selama ini.. walaupun tidak terbalas tetapi akan ku usahakan agar ayah dapat mengecapi kebahagiaan, sedikit kesenangan dan ketenangan sebagai menghargai jasa ayah dalam membesarkan anak2 ayah.

Ayah adalah sumber inspirasiku..semoga ayah dipanjangkan usia kerana kami sayangkan ayah.Amin.

Template by:

Free Blog Templates