Sabtu, 25 Julai 2009

Blog Resepi dan Kraftangan

Saya dalam proses memindahkan resepi - resepi dan kraftangan dari laman web saya di http://www.geocities.com/yusnida kerana geocities akan menutup laman web percuma ini tidak lama lagi.

Sayang sekali laman web yang sudah lama saya bangunkan ini akan hilang tidak lama lagi. Saya berusaha kuat membina laman web itu , menaip resepi, kraftangan, scan gambar2 bila ada masa terluang seperti sia - sia aje.

Laman resepi saya itu pernah disiarkan di Majalah Rasa pada tahun 2003 Edisi Jun kerana wartawan majalah tersebut merasakan ia amat menarik. Pada masa itu saya merasa amat gembira kerana merasakan usaha sangat berbaloi..






Apakan daya ianya akan hilang tidak lama lagi, hendak memindahkannya ke laman berbayar macam tak mampu pula.

Jadi saya sedang berusaha untuk memindahkan semua resepi2, kraf2 dan gambar2 kesayangan saya ke sini sebelum ia ghaib dari alam siber ini.

Salam buat semua dan kalau ada masa terluang tu jengok2lah kedua - dua blog saya itu ya.

Jumaat, 17 Julai 2009

Ini Bahagia Yang Kucari

Ibu adalah orang paling penting dalam hidup saya dan ibu juga adalah segala-galanya bagi saya. Bagi menunjukkan kasih sayang saya kepada ibu saya lakukan segala - gala untuknya. Ibu adalah penghidap hypertension dan diabetes. Kena selalu pergi ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan ubat - ubatan.

Tanda kasih sayang saya, setiap kali check up saya akan pulang ke kampung menghantar ibu ke Hospital Masjid Tanah, dan menemani beliau melakukan segala - galanya. Itu tanda cinta saya pada ibu , insan yang bersusah payah mengandungkan saya selama 9 bulan dan melahirkan saya ke dunia ini.Bukan ibu tak boleh pergi sendiri, boleh juga dengan menaiki kereta prebet sapu (kereta sewa ) tetapi ibu saya sudah uzur sudah tak kuat lagi. Kerana itu saya ambil tanggungjawab ini setiap bulan menghantar dan menemani ibu saya ke hospital. Saya bimbang ibu terjatuh nanti di mana - mana dan saya tak mahu ibu saya bersusah payah berpanas menunggu kereta sapu.

Paling penting keizinan suami telah saya perolehi barulah berkat segala urusan saya di kampung nanti.Ini penting bagi saya, redha suami amat penting dalam segala urusan kehidupan saya..kerana dia juga adalah syurga saya.Dengan broadband Celcom dan laptop hadiah darinya dapatlah saya update blog saya di kampung walaupun tersangkut - sangkut.

Semalam tarikh chek up ibu saya bagi bulan Julai ini, saya pulang bersendirian seawal pagi untuk segera sampai ke kampung. Perjalanan dari Bandar Sunway ke Masjid Tanah mengambil masa kira2 2 jam.Kemudian kami bergegas pula ke hospital yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari rumah saya.Maklumlah hospital kerajaan yang terkenal dengan servicenya yang lambat, segala proses hinggalah mengambil ubat hanya berakhir kira-kira jam 4 petang.

Balik dengan keadaan penat saya tidak mengeluh. Saya harus lalui ini dengan redha hati kerana ini adalah bakti saya kepada ibu kesayangan selagi hayatnya masih ada. Saya masih bercuti lagi hari ini dan bercadang untuk pulang ke KL hanya pada hari Ahad nanti. Saya ingin disisi ayah dan ibu saya yang tercinta selama yang boleh, menikmati keenakan masakannya dan kasih sayangnya. Inilah kebahagiaan hidup saya.

Hari ini juga jiran saya yang juga merupakan sepupu saya membuat kenduri arwah untuk suaminya yang telah pulang ke rahmatullah kira - kira 3 bulan yang lalu. Alang-alang saya sudah di sini saya akan membantu sedikit kerja2 dapur. Itu adat biasa orang Melayu dikampung - kampung. Sambil itu boleh juga bertemu mesra dengan saudara mara dan jiran2 sekampung yang dah lama tak berjumpa.

Sabtu, 11 Julai 2009

Resepi Rendang Tok

Semalam saya dan adik ke SK Bandar Sunway untuk menyain buku rekod anak2 kesayangan kami. Alhamdulillah Eliza Yasmine & Elmie Daniel mereka agak cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun ini.Komen guru juga agak memberansangkan.Mereka rajin di sekolah, memberi tumpuan dalam kelas dan tidak nakal. Alhamdulillah.

Kecuali si adik bongsu Eleeza Natasya agak lemah sedikit. Selalunya tumpuan kami berikan lebih kepadanya. Membaca masih merangkak - rangkak lagi.Pesanan guru kelasnya..berikan lebih tumpuan kepadanya kerana dia agak lemah. Akan kami usahakan sesuatu agar dia tidak terus ketinggalan.

Eliza Yasmine agak cemerlang , mendapat tempat pertama dalam kelas dengan 3A 2B bagi subject teras.

Elmie Daniel juga agak cemerlang, mendapat tempat ketiga dalam kelas dengan 4A 1B bagi subject teras.

Eleeza Natasya ..si adik ini agak perlahan sedikit. Jauh ke belakang ditinggalkan oleh si kakak dan abangnya. Hampir dapat tempat terbelakang dengan 1A 2b 1C 1D bagi subject teras.

Malam tadi kami ke KFC Kelana Jaya bagi meraikan kecemerlangan si kakak dan abang. Adik juga tidak ketinggalan turut serta. Moga- moga meraka akan lebih cemerlang lagi untuk final exam nanti.

Oleh kerana hari ni tak kerja saya plan nak masak special sket. Dan rendang tok antara menu pilihan saya hari ni.

Mari saya berikan resepinya :-




Rendang Tok

1kg daging batang pinang yang segar
1/2 kg bawang besar - di ricih halus
1 inchi lengkuas - di tumbuk pecah - pecah
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 kg cili kering *
5 ulas bawang putih *
10 biji bawang besar*
1 inchi halia * Kisar halus semua*
Gula melaka - 2 ketul
Garam secukupnya
Kerisik secukupnya
Jika dapat masukkan juga sekeping isi kelapa bakar .
Santan dari 2 biji kelapa

Cara menyediakan :-

Daging di potong kiub dan dibersihkan.
Untuk dapatkan serbuk ketumbar,jintan manis & putih - Goreng tanpa minyak dan kisar halus.
Masukkan semua bahan bahan kecuali gula melaka dan garam ke dalam periuk dan perapkan selama 1 jam.
Kemudian jerangkan di atas api yang sederhana.
Bila ianya sudah kering sedikit, masukkan gula melaka & kerisik.
Akhir sekali barulah masukkan garam.
Masak hingga kering dan rendang akan berwarna kehitaman.
Jika suka boleh juga masukkan daun kunyit.

Nota : Kena kacau selalu supaya tidak hangus. Masak hingga kering.

Untuk lebih banyak resepi boleh juga ke laman web saya di www.geocities.com/yusnida




Template by:

Free Blog Templates