Jumaat, 17 Julai 2009

Ini Bahagia Yang Kucari

Ibu adalah orang paling penting dalam hidup saya dan ibu juga adalah segala-galanya bagi saya. Bagi menunjukkan kasih sayang saya kepada ibu saya lakukan segala - gala untuknya. Ibu adalah penghidap hypertension dan diabetes. Kena selalu pergi ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan ubat - ubatan.

Tanda kasih sayang saya, setiap kali check up saya akan pulang ke kampung menghantar ibu ke Hospital Masjid Tanah, dan menemani beliau melakukan segala - galanya. Itu tanda cinta saya pada ibu , insan yang bersusah payah mengandungkan saya selama 9 bulan dan melahirkan saya ke dunia ini.Bukan ibu tak boleh pergi sendiri, boleh juga dengan menaiki kereta prebet sapu (kereta sewa ) tetapi ibu saya sudah uzur sudah tak kuat lagi. Kerana itu saya ambil tanggungjawab ini setiap bulan menghantar dan menemani ibu saya ke hospital. Saya bimbang ibu terjatuh nanti di mana - mana dan saya tak mahu ibu saya bersusah payah berpanas menunggu kereta sapu.

Paling penting keizinan suami telah saya perolehi barulah berkat segala urusan saya di kampung nanti.Ini penting bagi saya, redha suami amat penting dalam segala urusan kehidupan saya..kerana dia juga adalah syurga saya.Dengan broadband Celcom dan laptop hadiah darinya dapatlah saya update blog saya di kampung walaupun tersangkut - sangkut.

Semalam tarikh chek up ibu saya bagi bulan Julai ini, saya pulang bersendirian seawal pagi untuk segera sampai ke kampung. Perjalanan dari Bandar Sunway ke Masjid Tanah mengambil masa kira2 2 jam.Kemudian kami bergegas pula ke hospital yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari rumah saya.Maklumlah hospital kerajaan yang terkenal dengan servicenya yang lambat, segala proses hinggalah mengambil ubat hanya berakhir kira-kira jam 4 petang.

Balik dengan keadaan penat saya tidak mengeluh. Saya harus lalui ini dengan redha hati kerana ini adalah bakti saya kepada ibu kesayangan selagi hayatnya masih ada. Saya masih bercuti lagi hari ini dan bercadang untuk pulang ke KL hanya pada hari Ahad nanti. Saya ingin disisi ayah dan ibu saya yang tercinta selama yang boleh, menikmati keenakan masakannya dan kasih sayangnya. Inilah kebahagiaan hidup saya.

Hari ini juga jiran saya yang juga merupakan sepupu saya membuat kenduri arwah untuk suaminya yang telah pulang ke rahmatullah kira - kira 3 bulan yang lalu. Alang-alang saya sudah di sini saya akan membantu sedikit kerja2 dapur. Itu adat biasa orang Melayu dikampung - kampung. Sambil itu boleh juga bertemu mesra dengan saudara mara dan jiran2 sekampung yang dah lama tak berjumpa.

Tiada ulasan:

Template by:

Free Blog Templates