Khamis, 14 Oktober 2010

Osman B. Abd Rahman

Kenalkah anda dengan nama itu..tentu tidakkan .. kerana dia tidak popular bahkan bukan orang ternama juga..tetapi dihatiku dia yg tertinggi..yg paling popular ..yg paling aku kasihi.

Cintaku padanya melebihi segala2nya di dunia ini..aku merasakan duniaku tidak berseri jika tidak memandang wajahnya..jika sehari tidak mendengar suaranya aku jadi penasaran..

Jika sebelum ini kemana saja aku pergi mesti ada ayah, dimana ada aku mesti ada ayah.. sekrang ayah ku sudah tidak kuat lagi untuk berjalan jauh..perlu dipapah... selepas terjatuh dibilik air beberapa bulan yg lepas , dia sudah tidak kuat berjalan lagi..mngkin ada keretakan pada tulang punggungnya..kerana dia mengadu sakit pd bahagian tersebut..

Biasanya seawal pagi , ayah akan mula membuat kerja2 di kebunnya..menebas, menanam pokok , menyapu dan tidak kekok juga membantu ibu memasak.. sehingga kelewat petang ayah masih aktif di kebun..ayah mmg tidak betah duduk diam aje ..mungkin itu rahsia ayah kekal sihat tanpa penyakit pada usianya menjangkau 86 tahun.

Tapi itu semua sudah terpaksa dilupakannya..dan dia selalu mengeluh akan keadaanya yg spr itu...aduh hati mana yg tidak sedih..tapi aku tak mampu berbuat apa2 lagi selain mengadu kepadaNYA..

Aku jadi hilang punca bila jd begini..aku hanya mampu berdoa ayah akan segera sembuh sepenuhnya.. agar bisa aku membawanya kemana2 jua aku pergi..

Ya Allah ..panjangkan usia ayahku..sembuhkan penyakitnya..berikan aku peluang utk terus berbakti kepadanya..

Tiada ulasan:

Template by:

Free Blog Templates