Selasa, 1 Januari 2013

Impian & Harapan 2013



Selamat datang 2013..

2012 sudah pun berlalu...semua orang sibuk la dengan azam baru...except me I think.

I never have any azam baru tiap - tiap tahun because I berazam setiap hari..weeeehee..kata Awie..poyo poyo

It is much easier to simply live in the flow of life..perghhh cakap omputih I...do u understand the meaning?

Mengenang kembali episod 2012 banyak yang manis dan tidak kurang juga yang pahitnya. Paling penting baik atau buruk kita jadikan pengekang semangat untuk teruskan hari - hari mendatang.

Harapan 2013 ni keadaan ekonomi keluarga I akan bertambah baik dan apa yang diimpikan akan tercapai.

Bagi I kalau kerja makan gaji memang la sukar sebab bukan senang nak buat tabungan dengan gaji I yang seciput..maklum la tak sekolah tinggi..

Harapnya bisnes..wahhh sudah jadi bisneswoman..tetiba masuk iklan lak dlm entry ni..

Kot - kot ada yang sudi mai la singgah kat kedai online I nih... Sweet Ida Online Shop  Sweet Ida Online Shop & bisnes kecil - kecilan I di Rising Synergy Sdn Bhd

Semoga tahun baru 2013 ini memberikan sinar baru untuk I sekeluarga juga buat semua pembaca - pembaca blog I...

Selamat Tahun Baru 2013!















Jumaat, 28 Disember 2012

Kevin Zahri & Makan Nasi Untuk Kurus

 
Selepas terjumpa entry Kevin Zahri tentang makan nasi untuk kurus..what? tentu tak percayakan nak kurus kena makan nasi..but YES kata Kevin Zahri. Kerana Carbo diperlukan untuk membakar lemak - lemak dalam badan...and of course kena bersenamlah kan.

Kenapa saya bercakap tentang Kevin Zahri..kerana saya sekarang dalam proses menurunkan berat badan. Sejak 2 tahun yg lepas saya dah mula berdiet dan menjaga pemakanan. Kuih muih melayu yang manis2 jarang sekali saya sentuh.

Minum bergula dan manis2 sudah lama saya tinggalkan. Bukanla tak sentuh langsung, tipula kan. Saya lebih banyak minum teh hijau dengan hirisan lemon dan selalunya minum yang ' 0 ' saja..

Nak kurus bukan kerna nak tayang body tapi lebih kepada menjaga kesihatan. Maklum usia dan meningkat pemakanan kena jaga.

Berat saya 93kg 2 tahun yang lepas, dan berat terkini saya 81kg dgn ketinggian 152cm..hadeh dah macam doraemon kan..so itu sebab saya nak kurus. Memang progress nak menurunkan berat badan ni agak lambat, dua tahun baru 12 kg, yelah kadang - kadang nafsu makan tak boleh kontrol bila:

Mak datang rumah dan masak sedap - sedap
Bila balik kampung dan mak masak makin sedap dgn lauk2 kampungnya
Bila saya pula masak sedap -sedap...perasan...tapi saya yang lebih banyak makan
Bila malam - malam suami ajak minum teh..tapi saya order roti telur cili bawang...perghhh sedap gilo
Bila budak - budak ajak makan nasi lemak kak Imah Sunway faveret kami sekeluarga
Dan macam2 alasan lagi...heheh

So kesimpulannya memang bertahunlah proses nak kurusnya kennn

Sebab tu mula google sana sini nak cari formula menguruskan badan dengan cara yang betul...sebab saya memang takut nak ambil ubat - uabt kurus hatta produk doktor rambut lukuihh berlemuihhh Dr. Rozm**...heheheh

Then terjumpa kat youtbe tentang Kevin Zahri...


                                 

Kemudian terjumpa pula tentang encik sususejat di http://sususejat.blogspot.com yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang pengiraaan carbo, protein dan lemak yang diperlukan dalam diet seharian.

Kemudian saya juga ikut berzumba untuk memecahkan lemak - lemak tepu dan degil terutamanya kat bahagian pehaku ini..



Ok, nanti saya update lagi progress saya dalam menrunkan berat badan...

Sekian kisah saya dan kevin zahri yang hensem..heheh






Selasa, 25 Disember 2012

Citer Besday Cinta Hatiku


Huwahh..hari ni sangat rajin update belogku yang tak seberapa nih..pagi tadi dah citer pasal ayah dan kenangan silamku.Ada senang nanti aku hapdate la lagi citer tu...

Ni nak citer pasal birthday cinta hatiku, perasan macam Shila Amzah pulak nak sebut - sebut  cinta hati iya.

Cinta hati saya..skema ke guna saya..jadi guna aku..mcm ganas ke bunyinya..so guna I biar rasa cam omputih sikit lak..boleh? Aishh biar aku lantak ajelah nak guna apapun..dah belog aku kan suka hati akulah betul tak...ada aku kisah

Birthday cinta hati yang ke tuttt..pada hari ahad yg lepas.  Mulanya rasa cam malas aje nak sambut-sambut birthday bila dah sampai tahap umur yg matang ni..tapi nampak ada orang tu macam mendung aje..so kelam kabut  la ajak dia pi makan - makan..layan la apa yang dia wat hari tu..layan tengok wayang citer Jackie Chan..nasib aku pun minat gak Jackie Chan..takde la boring sangat

Ajak nengok citer the Hobbit , cinta hati tak nak pulak. Tak minat katanya, dia minat citer bergasak aje kot. Huishhh

Malam buat la juga surprise untuk dia..potong2 kek dan order pizza sikit. Sebab kitorang ni tak berapa suka pizza..nanti sape lak yang nak habiskan..den jugak..dah tu nanti den jugak yang obess..ishh tak suka la

Hadiah pun tak beli lagi nih, tak tau apa sebenarnya nak beli.

Sekian citer besday..


To be continued jugakla..kot2 nak update citer hadiah pulak..hehe

Selamat bercuti...salam




























Kisah Ayah Lagi...


Aku hanya lupakan ayah bila mataku tertutup hendak tidur aje, selain itu aku sentiasa ingatkan ayah. Kadang - kadang sedang menyuap nasi ke mulut pun, aku teringatkan ayah. Tiba - tiba hati menjadi sayu, sebak dan sendu segala. Mana tidaknya, kami selalu berdua dan kemana - mana pun berdua. Kerana aku sangat akrab dengan ayah. Sampai aku pernah berniat tidak mahu berkahwin kerana ingin menjaga ayah sehingga ke akhir hayatnya.

Kenangan yang menyapa kadang - kadang sukar untuk ditepis. Ternampak - nampak saat - saat kami bersiap - siap hendak ke sungai. Mak pula sibuk membuat air kopi dan lempeng atau cekodok untuk bekal kami berdua di sungai nanti. Apatah lagi anak dia yang sihat lagi gebus ini memang kuat makan. Kadang - kadang ayah hanya makan secebis aje, selebihnya aku lah yang ngap...

Berjalan merentasi kebun getah, sambil - sambil short cut di rumah - rumah orang kampung untuk sampai ke pengkalan. Sambil berjalan ayah akan bercerita, kisah - kisah lama dia semasa tinggal di rumah kedai Mangga Road, Melaka. Kisah kesenangan hidupnya semasa kecil, semasa ayahnya yang berbangsa Cina itu mempunyai rumah kedai di sana. Tetapi semua itu terpaksa ditinggalkan semasa Jepun menyerang tanah Melayu. Ayah dan ibunya terpaksa melarikan diri ke kampung asal ibunya untuk menyelamatkan diri. Kampung itulah yang menjadi tempat kelahiran kami adik beradik.

Sekali - sekala ayah akan berhenti bercerita bila ada orang - orang kampung yang menyapa. Tentu anda tertanya -tanya kenapa kami berjalan kaki. Takkan takde sebiji basikal tua yang berpalang seperti lagu Sudirman tu kan. Kemiskinan yang harus ditelan walaupun pahit seperti jadam.Memang ayah tak punya harta hatta sebiji basikal pun. Kerana itu aku dah ayah akan memikul semua perkakas dan bekalan di atas bahu kami. Arghh..kenangan itu terlalu pahit.

Bahuku pernah melecet kerana bebanan yang aku pikul teralu berat. Tetapi memikirkan aku harus kuat, memandangkan ayah yang tempang sebelah kakinya, yang lebih banyak menghayun jala dan berkayuh kehulu ke hilir mencari rezeki. Aku tidak pernah mengalah. Melecet dan pedih pun aku teruskan jua.

Anak  perempuan yang sedang menuju ke alam remaja seperti aku, mengikut ayah ke sana ke mari, akhirnya menjadi umpat keji orang kampung. Hingga ayah pernah merajuk dan tak mahu membawa aku lagi ke sungai. Tetapi kukatakan pada ayah bahwa hanya kita yang harus mendepani kesusahan kita, bukan mereka. Mereka yang suka mengumpat keji itu tidak pernah datang membawa sebutir beras pun untuk kita. Kita berserah kepada Allah swt dan jangan pedulikan kata nista dari mereka.

Sifat manusia memang begitu, bila susah kita dikeji, bila senang nanti dia pi jumpa bomoh suruh buat kita jadi susah balik. Bila susah dia tak nak tolong pun..haishhhh.

Aku pernah menangis bila terjaga tengah malam dan lihat ayah sedang bersiap - siap untuk ke sungai. Mak pula seperti biasa sibuk menyiapkan bekalan ayah. Tambahan lagi bila guruh bendentum dentam( betul ke ni) silih bernganti. Kalau ke sungai pada waktu malam biasanya ayah tak pernah nak bawa aku pun..takut la tu aku habiskan bekalan..heheh.. Tak tahu kenapa ayah tak pernah mahu bawa aku pada waktu malam..mungkin kerana aku anak perempuan..nak wat camne  dah ayah ramai anak perempuan.

Kalau tak kasi pergi, ayah tetap akan pergi. Yelah kalau tak pergi apa kami nak makan adik beradikkan. Kau orang bukannya nak datang beri pertolongan pun kan kan..sebab anak - anak ikan yang ayah dapat akan jadi habuan kami adik beradik. Udang atau ikan besar - besar ayah terpaksa jual unutk dapatkan duit. Yelah duit boleh beli beras, takkan la nak makan ikan aje hari - hari..selebihnya ayah menabung untuk beli keperluan kami sekeluarga.


To be continued...











Ahad, 20 November 2011

Chow Kit Road

Chow Kit Road... Chow Kit Road.. Chow Kit Road-Chow Kit Road...
Di tengah Bandaraya, yang miskin dan yang kaya,
Dari segala bangsa tua atau muda,
Ada yang berkereta, ada yang jalan saja,
Ada yang cuci mata, aha ha ha ha ha!

Bagaimana ya rupa Chow Kit Road sekarang ya...sudah lama saya tak ke sana..dulu di sanalah tempat permulaan saya mengenali kehidupan di Kuala Lumpur..

Tempat saya mencari rezeki dan mengambil kelas malam..banyak kenangan saya di sana..naik bas mini berhimpit - himpit..sampai bergayut - gayut di pintu masuk pun ada..

Mungkin bila sebut Chow Kit Road ramai yang terbayangkan pelacur-pelacur di belakang mati..pendatang - pendatang asing yang berkeliaran dan berjaja di sana..

Bagi yang mencari rezeki seperti saya, Chow Kit lebih besar maknanya...Saya bekerja sebagai Sales Girl di Hankyu Jaya selama beberapa bulan sebelum bertukar ke Batu Road Supermarket sebagai Juruwang...dengan pendapatan RM400 sebulan saya rasa sudah besar bagi seorang yang berkelulusan SPM seperti saya pada masa itu..

Malamnya pula saya mengambil kelas malam di Institute Dian..belajar bahasa Inggeris dan kelas menaip..

Bekerja di Batu Road banyak memberi kenangan kepada saya..mengenali berbagai spesis manusia..berkenalan dengan kawan - kawan yg kebanyakannya adalah golongan bawahan seperti saya..ramai kawan - kawan semasa saya di sana tetapi tidak satu pun yangdapat saya jejaki sehingga sekrang..banyak kenangan susah senang semasa bekerja di sana..

Kerana itu di entry sebelum ni saya katakan Mimi Mencari Cinta adalah lebih kurang kisah kehidupan saya..keriangan kami bersama kawan - kawan..semangat setiakawan adalah sangat -sangat luarbiasa..kami saling bantu membantu..dan paling penting kami sgt2 akrab..

Dalam usia yg agak muda..menjejaki 18 thn pada masa itu..mungkin terlalu mentah untuk melalui liku - liku kehidupan di Chow Kit Road yg penuh dengan cerita - cerita hitamnya..

Saya masih merasa kepahitannya bila dipandang hina kerana memakai seragam Batu Road yang merupakan sehelai skirt separas lutut..kemeja dan bow...saya dikutuk sebagai perempuan murahan oleh mulut - mulut jahat orang -orang tidak patut saya aibkan disini..saya bekerja mencari sesuap nasi..menyara keluarga saya yang miskin..apakah saya bersalah menyarung seragam spt itu..adakah mereka tahu kesengsaraan saya..terpaksa mengikat perut kadang - kadang demi memberi sesuap nasi kepada insan - insan yg saya sayangi di kampung..

Tapi sindiran dan kata nista mereka saya jadikan kekuatan untuk saya terus mencari rezeki..saya bukan seperti mereka yang lahir dalam dalam keluarga yang senang..apa yang mereka mahu, semua orang tua mereka sediakan..sedangkan saya tidak seperti mereka..sekurang - kurangnya saya berbangga kerana pada usia semuda itu saya sudah mampu berdikari dan berupaya mengharungi cabaran - cabaran di kota besar ini sendirian..

Tentu ramai yang takut anak - anak gadis mereka tersasar bila jauh dari pengawasan ahli keluarga...tambahan tinggal bersama - sama kawan - kawan..tetapi percayalah jika kita ada asas yang baik dan ada sedikit tanggunjawab pada ibu bapa dan agama... insyaallah kita tidak akan tersasar..alhamdulillah saya tidak tersasar kerana Allah swt sentiasa dalam hati saya walaupun saya berskirt pendek...

Janganlah memandang hina kepada insan2 yang mencari rezeki seperti saya..menjadi jurujual atau juruwang bukan beerti kami bodoh dan takde otak..ijazah bukan kayu pengukur kecerdikan seseorang..cuma nasib kurang menyebelahi insan - insan seperti kami...renung - renungkanlah..

Ahad, 30 Oktober 2011

It's my 37th birthday

Salam...

Baru aje beberapa hari saya menyambut besday saya yg ke 37..hmmm terasa dah semakin tua lak..huhu..buat apa nak sembunyikan umur ya kan..yang penting pengisian kita selama kita diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini.
Sebenarnya takdelah sambutan yang special sangat..memang tiap - tiap tahun pun begitu..kerana en suami saya bukanlah seorang yang romantik..kadang - kadang dia tak wish pun...tapi dah 16 tahun perkahwinan kami..saya dah jadi biasa dah..takpe yang penting saya tau dia sayangkan saya...huhuh
Segala perhatian dan kasih sayangnya melayan kerenah saya sudah mencukupi untuk saya jadikan sebagai hadiah besday saya yang terindah.
Anak - anak yatim yang menjadi anak - anak angkat saya ni yang beria -ia menyiapkan kad dan hadiah - hadiah buat saya.
Macam nak tergelak pun ada..bila si adik tak sabar - sabar nak kasi hadiah..kejap - kejap tanya samada saya ingat ke tidak 25th Oktober tu hari apa..hahah..siap suruh tunggu samapi pukul 12..sebab tak sabar nak wish..
Apa-apa pun saya merasa sangat - sangat terharu atas usaha dorang..beli hadiah dan wrapping guna duit simpanan mereka..bukan harga yang penting tetapi ingatan mereka itu yang amat berharga..

Jom layankan gambar - gambar hadiah dari budak - budak nih..


Kakak kc hadiah getah rambut warna pink..sebab tau saya mmg suka sgt2 warna pink..
Kad ucapan dari kakak..huhu..

Adik kc getah rambut warna purple sbb saya pun sukakan warna tu dan cermin bulat comel...


Cekak rambut & tali pinggang ( takde dlm gambar ) dari Daniel...

Apalah yang lebih menggembirakan selain dari ingtan dari mereka semua...ini sudah cukup membuatkan hari saya menjadi ceria dan bahagia..

Doa saya hanyalah saya diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang,murah rezeki dan diberi kekuatan untuk terus mengasuh dan mengasihi mereka sehingga mereka dewasa. Kerana jika saya tiada..saya sgt2 risaukan masa depan mereka..mudah - mudahan Allah swt makbulkan doa saya ini....amiinn

Khamis, 25 Ogos 2011

Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum...

Terkenang - kenang nostalgia berpuasa di kampung masa aku kecik2 dulu..mmg best giler ah..mesti korang tak percaya cerita aku ni kan..aku ni kan anak orang miskin..anak nelayan..bukannya anak orang kaya apatah lagi anak VVIP ke..

Mak aku seawal pkl 3pagi dah bangun dah sbb masak guna kayu api.. sian mak aku..sbb tu aku selalu cuba nak bahagiakan mak aku..
Selalunya aku takde lah bangun menolong pun. aku lg banyak membuta aje..nnti dah siap masak...tau2 ayah aku kejut suruh makan aje..tu pun menonggeng - nonggeng aku nak bangun..lauk pun sempoi2 aje..lauk orang semekin... mana ada bestnya kan..jgn mimpi ler nak teguk air milo ke..oren jus ke..huhuh..air wajib mesti air kopi..wallah ..itu lah yg paling sedap bagi aku sehingga sekarang..kalau balik kmpung mesti minta mak aku buat air kopi..terbaikkk punyer..

Pagi2 nanti mak aku tanak nasi dulu..lps tu masak ataupun panas2kan lauk je..dapur kayu mak aku kat luar..berani kan mak aku...kalau aku mesti aku takut punyer..mesti aku masak sambil terkencing2..wakakaka..yelah mana tau ada pontianak ke tiba2 je senyum depan aku sambil mengilai - ngilai..eee seraammm



Kalau nak menggulai ke..mlm2 mak aku sibuk mengukur kelapa..nak masak lemak lomak cili api ke..dapnyerr..tapi yg salutenya , mak aku tak pernah mengadu keletihan..kalau aku maunya dan membebel sbb pinggang rasa mcm nak putus..



Lepas tu sibuk nak menggiling lada lagi..nak buat sambal la..dah perut orng melayu maunya demam kalau tak dapat makan sambal..nanti mak aku buat sambal udang campur belimbing buluh..perrhhh..menjilat jari beb..




Bila dah siap masak2 nanti..mak aku pun masak air pulak.. buat air kopi..sampai sekrang mak & ayah aku tetap setia dgn kopi cap tupai..memang besttt...kopi2 lain x dpt menandinginya...



Janganlah korang ingat aku pemalas sangat sampai takde menolong lansung..selalunya bab2 berkemas, cuci2 pinggan tu aku tolonglah..sian mak aku..penat dia..lagipun petang2 balik sekolah ke..aku tolong mak & ayah aku cari kayu api kat belakang rumah..nak patah tau tulang bahu aku ni angkat kayu..korang ada ke rasa macam aku ni...korang anak VVIP mesti tak denyerr merasa macam mana aku rasa kan..unutung sabut timbul , untung batu batu tenggelam terus...eehhh..apa aku merepek ni hah..

Kemudian2 tu bila ayah aku dah kaya sikit..sikit jelah..dpt la beli dapur minyak tanah..tapi mak aku jarang guna, sbb mak aku kat tak sedap la..dapur kayu gak besttt..



Okay nnti aku citer pasal lauk2 mak aku lak ya..next entry la ya..maleh la nak taip lg..tgn dah lotih da..lg pun aku seram je duk dlm bilik ni sensorang..mana tau ada hantu tgh dok usha aku..kembang semacam je tengkuk aku nih..daahh

Template by:

Free Blog Templates