Khamis, 3 Januari 2013

Winning Job Interview Tips - # 1

Salam peeps,

Sukarnya nak buat entry. Maybe I'm not born to be a good writer. Dah taip beberapa baris padam balik. Rasa macam ada yang tak kena aje..

Suka korang bacala, kalau tak suka pun baca jugakla..heheh

Hari ni nak citer pasal interview. Haishhh takde angin takde ribut tetiba nak citer pasal interview pulak nih...memangla kekadang takde angin pun pokok bergoyang juga sebab ada sekumpulan beruk pi goncang pokok tuh..bahah

Nak citer pengalaman saya pi interview after I left my job kat dotdot College. Hampir 15 tahun saya kat sana dan dapatlah sedikit penghargaan dari segi peningkatan jawatan dan gaji yang baik. Tetapi saya ingin mencari sesuatu yang lain, something yang  mencabar kebolehan dan kemampuan diri ini.

Bermulah episod saya mencari kerja interview sana dan interview sini. Dari kompeni kecik sampai la kompeni besar. Ada yang dapat, ada yang tidak. But saya suka attend interview untuk cari experiences. Mana - mana yang panggil saya pegi aje.








Ni la nak share pengalaman pergi interview ..mungkin berguna untuk adik - adik yang sedang mencari kerja dan sampai sekrang masih menganggur.



 
First Steps : Increase your chances of getting a job with  quality resume. Saya banyak apply job dari Jobstreet. Dan untuk resume kita tidak dipandang sepi, mesti ada sesuatu yang kita letak untuk menambat hati bakal - bakal majikan baru kita. Masa apply tu, pastikan anda catat apa yang mereka cari dan job responsibilities yang mereka mahukan.  Dari situ update resume anda dan cuba masukkan pengalaman dan pengetahuan anda seperti yang mereka cari.Pastikan anda ada knowledge tentang setiap apa yang anda tulis Ini yang saya buat dan sememangnya amat - amat membantu.

 Bila dah dapat interview invitation...kena la buat persediaan sikit. Buat sedikit research tentang kompeni diorang .Ini penting. Selalunya mereka akan tanya tentang ini. Then fikirkan ayat - ayat power  dan ayat- ayat bodek kenapa anda nak sangat2 kerja dengan kompeni diorang.

Masuk bilik interview dengan konfiden, ucap selamat kepada interviewers dan jawab soalan juga dengan konfidennya..tentu konfiden jika anda benar - benar sudah bersedia.. research dah buat...so yakinlah bahawa andalah calon yang mereka tunggu - tunggu dan tercari -cari.

Ada beberapa kompeni yang akan berikan IQ test..so rajin - rajin la google lambakan IQ test di internet.

Interviewers juga mencari orang yang ada pengetahuan, bijak dan boleh memberikan pendapat - pendapat yang bernas. Be knowledgeable okiesss. Biasanya soalan pertama sudah cukup untuk membuat mereka tertarik pada anda. Biasanya pertama sekali mereka akan tanya ni..

Please intro about  yourself...tang sini hang jangan merapu meraban bukan - bukan ok. Tak payah berjela - jela, Cukup setakat beberapa baris ayat tetapi padu dan sendat ketat dengan ayat - ayat cinta..eh salah..ayat- ayat yang power dan meyakinkan.

What do u know about our kompeni...see kan say dah kata tadi..kena buat research..kalau you tak buat research habisla...dah kurang pointer di sini... If you can't be bothered to find out simple things - such as company turnover or where they operate, under your own steam - then why should they bother to hire you?

What is ur job experinces ...tokok tambah la sikit masa ni..untuk meyakinkan mereka bawa andalah calon yang paling sesuai dibuat menantu..opsss...calon yang sesuai untuk jadi pekerja mereka.

Where do you see yourself in five years' time?... Ini bukan soalan tentang impian you all lagi 5 tahun nak kawin ke apa ya .. Imagine yang you dah dapat kerja ni dan  jawab tentang pencapaian you 5 tahun selepas diterima bekerja dgn mereka.."'Talk about the levels of responsibility you'd like to attain and make it clear that your primary goal is to add value to the organisation.

'What are your main weaknesses ? ... Jangan la cakap kelemahan you suka datang lambat...pemalu ke hapa..sebaliknya kelemahan yang ada unusur- unsur positif disebaliknya..faham ke disebaliknya..katalah kelemahan you sebenarnya adalah you terlalu kuat bekerja sampai skip your lunch dan sehingga nak tidur kat ofis kalau boleh sebab nak siapkan kerja..hah lebih kurang macam tulah disebaliknya...

Any questions?.. Tolong jangan kata takde soalan...you must ask..mesti ok..Tapi jangan la tanya soalan2  yang merapu..tanya tentang yang ada kena mengena dengan kompeni tu..Interviewers atau bakal majikan sukakan orang yang ada  ambition. So tanyakan tentang masa depan anda bersama mereka.. Contohnya soalan about their performance appraisal system, training and secondment opportunities, and mentoring schemes.

Lastly, soalan perangkap..Apa pendapat anda tentang majikan lama anda  atau kenapa anda nak berhenti dari jawatan anda sekrang. Jangan la jujur sangat pi kata yang yopu tak suka gaji seciput la, bonus takde la, tak suka orang ni la, orang tu la. Penting untuk tidak memburuk - burukkan kompeni lama anda. Ini akan mempengaruhi peluang anda untuk memenangi interview tersebut. Anda kena jawab yang baik - baik aje dan tokok tambah lagi yang baik - baik juga walaupun anda taksuka taksuka meloya sangat dengan kompeni lama anda itu.Faham?

Eye Contact.. Keyakinan diri pun tak kurang pentingnya..bila mereka merenung mata anda..jangan la pandang tempat lain..tengok kira la kanan la. mereka akan anggap anda tiada keyakinan diri. Pandang mereka dan jawab dengan level konfiden yang tinggi.

Jika anda berjaya bermula dengan baik dari awal interview pastinya anda akan berjaya hingga ke pengakhiranya juga. Tak kisah jika anda nak practise jawab soalan - soalan ni depan cermin setiap hari sehingga hari yang dinantikan..It's often said that practice makes perfect - and it's no different when you're preparing for a job interview.


Insyaallah jika semua ini anda berjaya simpan dan semat..ingat pin ke nak kena semat- sematkan...hampir semua kompeni akan tanya soalan yang sama macam ni..boleh pulakkan ..macam berjanji je diorang ni kan..saya yakin anda akan berjaya dalam interview tersebut...sudah tentu dengan izin Allah swt jua kan..jangan la maki saya pula kalau tak dapat kerja iya..


Sekian coretan saya pada kali ini...



Tiada ulasan:

Template by:

Free Blog Templates