Jumaat, 25 Januari 2013

Anak Ikan Tergedik - gedik ?

Salam peeps

La dah takde citer lain ke..nak citer pasal anak ikan la pulakkan

Anak ikan bukan sebarang anak ikan...anak ikan comel lote siap tergedik - gedik lagi

Hujan - hujan ni terkenang lagi nostalgia lama

Kalau dulu - dulu musim hujan begini adalah saat - saat perit kami sekeluarga

Yelah kalau hujan ayah tak dapat ke sungai..kalau tak ke sungai apa kami sekeluarga nak makan

Dengan pendapatan beberapa ringgit sehari memanglah sukar nak buat tabungan

Tetapi ayah dan mak biasanya cekal..kami makan je apa yang ada

Kadang - kadang lauk kami hanya gulai kulit rambai yang mak dah keringkan..gulai pucuk kundang pun sedap juga..gulai bunga durian, gulai ikan pekasam..biasanya ikan - ikan yang tak dapat dijual dijadikan pekasam

Rebung pun ayah buat sendiri..ayah akan cari rebung di pangkal rumpun buluh belakang rumah..ayah memang rajin

Gulai paling sedap tentulah masak singgang anak ikan belanak, ikan todak dan selangat  gedik - gedik yang ayah dapat...itu pun dah cukup buat kami makan berpinggan - pinggan...hehe ..anak - anak ikan yang dapat tu bila terperangkap dalam jala itulah yang tergedik -gedik

Kadang kami yang masih mentah ni tak faham..kenapa mak selalunya menung aje sambil tunggu ayah balik dari sungai..kami kelaparan mak kata tunggu ayah balik dulu..kadang - kadang dah masuk maghrib pun mak belum lagi memasak..rupa-rupanya tak ada apa yang dimasak..mak tunggu ayah balik bawa anak - anak ikan untuk dimasak...nanti ayah balik mak cepat - cepat siang anak anak ikan untuk dimasak singgang..kami yang kelaparan berebut -rebut nak makan...terharu sangat - sangat...besarnya pengorbanan mak dan ayah nak membesarkan kami..

Kadang - kadang bila kehabisan barang dapur dan ayah tak dapat pula ke sungai, ayah biasanya berhutang di kedai cina di pekan masjid tanah. Ayah dah biasa agaknya tauke tu dari dulu lagi...tapi ayah akan usaha cari duit unutk bayar hutang piutangnya itu.Kesian ayah kena lalui semua ini..terima kasih ayah & mak

Kadang - kadang makan pun tak boleh bertambah sebab nanti tak de duit nak beli beras...teringat aku selalu curi - curi makan..sebab mak tak kasi bertambah...

Hmmm...milo ke susu ke semunya jarang sekali la nak jamah..kalau ada saudara mara yang sedekah adalah merasa..kalau tak minum air kopi ajelah setiap hari..

Sebab tu bila datang Kolumpo lepas SPM aku jakun sangat - sangat...jangan ketawa tau..aku memang jakun sebab banyak benda aku tak tau makan..rahsia ni encik suami yang banyak tau...heheh

Hari  -  hari bekal aku ke sekolah adalah nasi goreng,  cekodok, lempeng dan air kopi...kalau bawa bekal takde duit belanja..kalau takde bekal ayah kasi 20 sen..jadilah dpt la beli sepinggan kecil nasi lemak..ayah kata pegi sekolah nak belajar bukan nak makan..

Alhamdulillah kakak yang sulung walaupun hidup dalam kesusahan, sangat cemerlang di sekolah. Dan dia sangat -sangat rajin belajar. Mungkin ingin menajdi contoh kepada kami semua.

Dia kebanggaan kami. Cemerlang dalam bidang pelajaran dan juga olahraga. Aktif memasuki pertandingan terutama pidato dan syarahan.

Alhamdulillah disebalik cemuhan kerana kemiskinan, nama ayah dan mak jadi terbilang kerana kakakku nan seorang ini.Allah mengurniakan kebijaksaan yang tinggi kepadanya.

Hasilnya dia dapat masuk ke aliran sains  dan menyambung ke jurusan perakaunan di Uitm.

Pernah ditawarkan menyambung pelajaran ke United Kingdom tetapi ayah tak benarkan. Ayah tak mahu berjauhan dengan kakak. Aku tahu kakak sedih kerana cita - citanya tak kesampaian namun dia akur dengan keputusan ayah.

Adik bongsuku juga cemerlang dan menyambung pelajaran di Uitm dalam jurusan komunikasi massa dan media...

Aku ? Hehehh...usah ditanyalah...jawapnya yang sedang - sedang sajalahhhhh

Sekian coretan kali ini untuk dikongsikan...

























Tiada ulasan:

Template by:

Free Blog Templates