Jumaat, 28 Disember 2012

Kevin Zahri & Makan Nasi Untuk Kurus

 
Selepas terjumpa entry Kevin Zahri tentang makan nasi untuk kurus..what? tentu tak percayakan nak kurus kena makan nasi..but YES kata Kevin Zahri. Kerana Carbo diperlukan untuk membakar lemak - lemak dalam badan...and of course kena bersenamlah kan.

Kenapa saya bercakap tentang Kevin Zahri..kerana saya sekarang dalam proses menurunkan berat badan. Sejak 2 tahun yg lepas saya dah mula berdiet dan menjaga pemakanan. Kuih muih melayu yang manis2 jarang sekali saya sentuh.

Minum bergula dan manis2 sudah lama saya tinggalkan. Bukanla tak sentuh langsung, tipula kan. Saya lebih banyak minum teh hijau dengan hirisan lemon dan selalunya minum yang ' 0 ' saja..

Nak kurus bukan kerna nak tayang body tapi lebih kepada menjaga kesihatan. Maklum usia dan meningkat pemakanan kena jaga.

Berat saya 93kg 2 tahun yang lepas, dan berat terkini saya 81kg dgn ketinggian 152cm..hadeh dah macam doraemon kan..so itu sebab saya nak kurus. Memang progress nak menurunkan berat badan ni agak lambat, dua tahun baru 12 kg, yelah kadang - kadang nafsu makan tak boleh kontrol bila:

Mak datang rumah dan masak sedap - sedap
Bila balik kampung dan mak masak makin sedap dgn lauk2 kampungnya
Bila saya pula masak sedap -sedap...perasan...tapi saya yang lebih banyak makan
Bila malam - malam suami ajak minum teh..tapi saya order roti telur cili bawang...perghhh sedap gilo
Bila budak - budak ajak makan nasi lemak kak Imah Sunway faveret kami sekeluarga
Dan macam2 alasan lagi...heheh

So kesimpulannya memang bertahunlah proses nak kurusnya kennn

Sebab tu mula google sana sini nak cari formula menguruskan badan dengan cara yang betul...sebab saya memang takut nak ambil ubat - uabt kurus hatta produk doktor rambut lukuihh berlemuihhh Dr. Rozm**...heheheh

Then terjumpa kat youtbe tentang Kevin Zahri...


                                 

Kemudian terjumpa pula tentang encik sususejat di http://sususejat.blogspot.com yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang pengiraaan carbo, protein dan lemak yang diperlukan dalam diet seharian.

Kemudian saya juga ikut berzumba untuk memecahkan lemak - lemak tepu dan degil terutamanya kat bahagian pehaku ini..



Ok, nanti saya update lagi progress saya dalam menrunkan berat badan...

Sekian kisah saya dan kevin zahri yang hensem..heheh






Selasa, 25 Disember 2012

Citer Besday Cinta Hatiku


Huwahh..hari ni sangat rajin update belogku yang tak seberapa nih..pagi tadi dah citer pasal ayah dan kenangan silamku.Ada senang nanti aku hapdate la lagi citer tu...

Ni nak citer pasal birthday cinta hatiku, perasan macam Shila Amzah pulak nak sebut - sebut  cinta hati iya.

Cinta hati saya..skema ke guna saya..jadi guna aku..mcm ganas ke bunyinya..so guna I biar rasa cam omputih sikit lak..boleh? Aishh biar aku lantak ajelah nak guna apapun..dah belog aku kan suka hati akulah betul tak...ada aku kisah

Birthday cinta hati yang ke tuttt..pada hari ahad yg lepas.  Mulanya rasa cam malas aje nak sambut-sambut birthday bila dah sampai tahap umur yg matang ni..tapi nampak ada orang tu macam mendung aje..so kelam kabut  la ajak dia pi makan - makan..layan la apa yang dia wat hari tu..layan tengok wayang citer Jackie Chan..nasib aku pun minat gak Jackie Chan..takde la boring sangat

Ajak nengok citer the Hobbit , cinta hati tak nak pulak. Tak minat katanya, dia minat citer bergasak aje kot. Huishhh

Malam buat la juga surprise untuk dia..potong2 kek dan order pizza sikit. Sebab kitorang ni tak berapa suka pizza..nanti sape lak yang nak habiskan..den jugak..dah tu nanti den jugak yang obess..ishh tak suka la

Hadiah pun tak beli lagi nih, tak tau apa sebenarnya nak beli.

Sekian citer besday..


To be continued jugakla..kot2 nak update citer hadiah pulak..hehe

Selamat bercuti...salam




























Kisah Ayah Lagi...


Aku hanya lupakan ayah bila mataku tertutup hendak tidur aje, selain itu aku sentiasa ingatkan ayah. Kadang - kadang sedang menyuap nasi ke mulut pun, aku teringatkan ayah. Tiba - tiba hati menjadi sayu, sebak dan sendu segala. Mana tidaknya, kami selalu berdua dan kemana - mana pun berdua. Kerana aku sangat akrab dengan ayah. Sampai aku pernah berniat tidak mahu berkahwin kerana ingin menjaga ayah sehingga ke akhir hayatnya.

Kenangan yang menyapa kadang - kadang sukar untuk ditepis. Ternampak - nampak saat - saat kami bersiap - siap hendak ke sungai. Mak pula sibuk membuat air kopi dan lempeng atau cekodok untuk bekal kami berdua di sungai nanti. Apatah lagi anak dia yang sihat lagi gebus ini memang kuat makan. Kadang - kadang ayah hanya makan secebis aje, selebihnya aku lah yang ngap...

Berjalan merentasi kebun getah, sambil - sambil short cut di rumah - rumah orang kampung untuk sampai ke pengkalan. Sambil berjalan ayah akan bercerita, kisah - kisah lama dia semasa tinggal di rumah kedai Mangga Road, Melaka. Kisah kesenangan hidupnya semasa kecil, semasa ayahnya yang berbangsa Cina itu mempunyai rumah kedai di sana. Tetapi semua itu terpaksa ditinggalkan semasa Jepun menyerang tanah Melayu. Ayah dan ibunya terpaksa melarikan diri ke kampung asal ibunya untuk menyelamatkan diri. Kampung itulah yang menjadi tempat kelahiran kami adik beradik.

Sekali - sekala ayah akan berhenti bercerita bila ada orang - orang kampung yang menyapa. Tentu anda tertanya -tanya kenapa kami berjalan kaki. Takkan takde sebiji basikal tua yang berpalang seperti lagu Sudirman tu kan. Kemiskinan yang harus ditelan walaupun pahit seperti jadam.Memang ayah tak punya harta hatta sebiji basikal pun. Kerana itu aku dah ayah akan memikul semua perkakas dan bekalan di atas bahu kami. Arghh..kenangan itu terlalu pahit.

Bahuku pernah melecet kerana bebanan yang aku pikul teralu berat. Tetapi memikirkan aku harus kuat, memandangkan ayah yang tempang sebelah kakinya, yang lebih banyak menghayun jala dan berkayuh kehulu ke hilir mencari rezeki. Aku tidak pernah mengalah. Melecet dan pedih pun aku teruskan jua.

Anak  perempuan yang sedang menuju ke alam remaja seperti aku, mengikut ayah ke sana ke mari, akhirnya menjadi umpat keji orang kampung. Hingga ayah pernah merajuk dan tak mahu membawa aku lagi ke sungai. Tetapi kukatakan pada ayah bahwa hanya kita yang harus mendepani kesusahan kita, bukan mereka. Mereka yang suka mengumpat keji itu tidak pernah datang membawa sebutir beras pun untuk kita. Kita berserah kepada Allah swt dan jangan pedulikan kata nista dari mereka.

Sifat manusia memang begitu, bila susah kita dikeji, bila senang nanti dia pi jumpa bomoh suruh buat kita jadi susah balik. Bila susah dia tak nak tolong pun..haishhhh.

Aku pernah menangis bila terjaga tengah malam dan lihat ayah sedang bersiap - siap untuk ke sungai. Mak pula seperti biasa sibuk menyiapkan bekalan ayah. Tambahan lagi bila guruh bendentum dentam( betul ke ni) silih bernganti. Kalau ke sungai pada waktu malam biasanya ayah tak pernah nak bawa aku pun..takut la tu aku habiskan bekalan..heheh.. Tak tahu kenapa ayah tak pernah mahu bawa aku pada waktu malam..mungkin kerana aku anak perempuan..nak wat camne  dah ayah ramai anak perempuan.

Kalau tak kasi pergi, ayah tetap akan pergi. Yelah kalau tak pergi apa kami nak makan adik beradikkan. Kau orang bukannya nak datang beri pertolongan pun kan kan..sebab anak - anak ikan yang ayah dapat akan jadi habuan kami adik beradik. Udang atau ikan besar - besar ayah terpaksa jual unutk dapatkan duit. Yelah duit boleh beli beras, takkan la nak makan ikan aje hari - hari..selebihnya ayah menabung untuk beli keperluan kami sekeluarga.


To be continued...











Template by:

Free Blog Templates