Khamis, 4 Februari 2010

Kau pergi tanpa pesan










Demmy anak Ali atau nama Islamnya Elias Demmy B. Ali ....berbangsa Bidayuh, Sarawak ..beragama Kristian asalnya tetapi telah memeluk Islam kira2 10tahun yg lalu dan kemudian berkahwin dengan adik bongsuku.Dan dikurniakan 2 cahayamata iaitu Elmie Daniel dan Eleeza Natasya.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 23.01.2010 pada kira2 pukul 4.00pagi. Pemergiannya tanpa sebab ..tanpa penyakit ..tanpa pesan kerana arwah masih sihat saat sebelum dijemput Ilahi.Baru berusia 30 tahun ... pemergiannya amat mengejutkan kami sekeluarga.

Begitulah janji Allah kepada hambanya .. apabila ajal telah tiba tidak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau seminit pun .Tidak kira tua ataupun muda.

Hubungan kami amat akrab kerana kami tinggal sebumbung. Oleh kerana beliau seorang saudara baru dan kami pula sunyi tanpa anak2 ..jadi kami mahukan beliau tinggal bersama2 kami dan sama2 membesarkan anak2nya .

Segala onak duri kehidupan.. kesusahan.. kepayahan hidup kami lalui bersama - sama. Kami saling bantu membantu ... alhamdulillah arwah seorang yg sangat penyabar... tidak pernah berkeluh kesah.

Dengan anak2 arwah sangat penyanyang .. tidak pernah menengking ..tidak pernah meninggikan suaranya ..selalu berlembut hati .. kerana itulah anak2nya sangat akrab dgn beliau.

Ya Allah aku terlalu tersayang padanya ... aku terlalu rindu padanya . Kasih sayang seorang kakak telah kucurahkan padanya .. cuma masa itu terlalu singkat unutkku. Ya aku harus redha kerana ini adalah kehendakmu Ya Allah.

Kakak sayang padamu dik ... tenanglah engkau disana ...mudah - mudahan rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman ... Amin Ya Allah.

Beliau pergi dgn tenang.. dengan sedikit senyuman dibibirnya .. seperti sedang tidur dgn lenanya ..segala urusannya didunia telah diselesaikan.

Memang pelik .. beliau mengambil cuti 2 hari pada Jumaat dan Sabtu iaitu 22.01.10 dan 23.01.10. Beliau memberitahu anak2nya beliau letih dan ingin berehat. Pada hari Jumaat itu beliau pergi mencari adik beradiknya yg lain2 untuk memohon kemaafan atas kesilapannya.Menelefon kedua ibu bapanya di Sarawak dan mengucapkan kemaafan dan salam kerinduan.

Setelah selesai beliau balik ke rumah dan bersiap2 utk sembahyang Jumaat. Beliau kelihatan seperti biasa cuma nampak sedikit murung dan runsing.Membelikan makanan untuk anak2nya buat kali yg terakhir.Selebihnya arwah tidur spt kepenatan. Petangnya sempat menjemput isterinya iaitu adikku pulang dari kerja. Sempat menjamah makanan kegemarannya Mee Kolok bersama2 isterinya.

Balik ke rumah masih sempat bersembang - sembang dgn kami sekeluarga hingga lebih kurang jam 1.00 pagi. Kemudian arwah masuk tidur dgn anak2nya. Hinggalah jam 3.30 pagi kami dikejutkan dgn tangisan adikku ... arwah sudah nazak .. alhamdulillah beliau sempat mengucap 2 kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir dipangkuan isterinya.

Tidak akan kami sia - siakan anak2 mu dik .. akan kami didik dengan sebaik2nya agar mereka akan menjadi anak2mu yg soleh dan solehah yg akan dapat menjadi hartamu yg berkekalan..yg akan mendoakanmu sepanjang masa .. insyallah dik ..

Pohon jasa baik anda semua sedekahkan Al Fatihah buat arwahyarham adikku Elias Demmy Bt Hawa ..seorang saudara baru kita sesama Islam telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini...

Template by:

Free Blog Templates